Sabtu, 28 Desember 2013
PAS lancar 12 Tawaran untuk Sarawak
| Harakahdaily, | 05 Sep 2012 |
MIRI: PAS melancarkan manifesto ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ untuk ‘menakluki’ Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini. ‘12 Tawaran PAS Sarawak’ yang dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ialah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak; Kemiskinan Sifar Tanpa Mengira Kaum.
PAS juga menawarkan Lebuh Raya Pan-Borneo Sebagai Lebuh Raya Terbaik; SCORE Sebagai Hab Tek-nologi Hijau Berinovatif; Sarawak Sebagai Agropolitan Pengeluar Makanan Utama Malaysia; Jalan Raya, Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Semua;
Dalam bidang pendidikan pula, Capaian Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Semua; Meningkatkan Ro-yalti Hasil Petroleum Sarawak Kepada 20 peratus; Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak; Tawaran Khas Untuk Golongan Wanita dan Tawaran Khas Untuk Golongan Muda.
Terjemahan praktikal
Abdul Hadi menyifatkan dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ adalah terjemahan praktikal Agenda Negara Berkebajikan yang diutarakan oleh PAS dalam konteks negeri Sarawak yang dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan sejak sekian lama.
Katanya dokumen tersebut juga merupakan ‘blueprint’ politik PAS untuk negeri Sarawak dan akan menjadi asas perjuangan PAS di peringkat persekutuan dalam membela nasib rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.
“Semoga dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak’ ini akan memberi impak yang positif terhadap gerak kerja parti khususnya dalam memenangi hati rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.
Abdul Hadi dalam ucapannya pada majlis sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di sini, malam kelmarin mengajak seluruh jentera dan penyokong PAS serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk bekerjasama dan berkongsi ‘kekuatan’ menum-bangkang BN yang disifatkan beliau sebagai ‘gajah’ dan mereka umpama semut.
Tentera semut

“Seekor semut tidak dapat menumbangkan gajah sebaliknya kalau semua semut (parti PR) bekerja-sama kita mampu menumbangkan gajah.
“Kita masuh ke dalam telinga, hidung dan semua anggota badan gajah, maka gajah boleh tumbang,” katanya.
Beliau dalam ucapannya memberitahu, PAS yang merupakan parti Islam mengajar konsep adil untuk semua dan konsep hidup bermasyarakat dengan memberikan bantuan kepada semua lapisan masyarakat.
“Adil untuk semua sama ada Islam atau bukan Islam, wajib adil untuk semua. Kalau tidak adil kepada semua, ia adalah haram,” katanya.
“Bantuan kemiskinan kita bagi (tanpa mengira kaum dan agama), soal dia nak beli lembu atau beli babi, itu hak dia (bagi bukan Islam).
“Bantuan pelajaran kita beri dan soal dia nak ajar anak dia (beri pendidikan) bahasa Cina atau bahasa Iban itu adalah hak mereka, PAS tidak pernah menghalang,” katanya dan itulah yang akan dilaksana jika PAS memerintah Sarawak.
“Sebaliknya soal undang-undang yang sama, seperti peraturan jalan raya, kita tidak ubah.
“Undang-undang jalan raya tetap sama. Kalau PAS menang di Sarawak, bila lampu merah semua berhenti, PAS tidak ubah undang-undang, lampu merah semua berhenti, DAP jalan, PAS boleh jalan, tidak. Kita tidak ubah undang-undang sebegitu,” kata-nya memberi contoh, andai PAS (melalui Pakatan Rakyat) berkuasa di Sarawak.
“Ada perkara yang sama, ada perkara yang berbeza,” katanya.
seterusnya di sini
Related Posts : 12,
lancar,
pas,
sarawak,
tawaran,
untuk
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar