Jumat, 31 Januari 2014

Wanita Ini Cekik Bayinya dengan Seluar Dalam

okezone.com
sabtu 2 Mei 2012
Ilustrasi: Babble
Ilustrasi: Babble
ABU DHABI - Kehadiran seorang buah hati seharusnya menjadi sebuah anugerah yang tidak ternilai harganya. Namun,ungkapan ini tidak berlaku bagi seorang wanita asal Filipina yang tergamak membunuh bayi yang baru saja dilahirkannya.

Perempuan yang bekerja sebagai pembantu rumah tangga di Uni Emirat Arab (UEA) ini dilaporkan membunuh bayi yang baru saja dilahirkannya dengan seluar dalam miliknya.

Setelah dipastikan sang bayi mati, perempuan itu pun memasukkan jasadnya ke dalam sebuah kantung plastik hitam dan menyembunyikannya di dalam lemari pakaiannya. Demikian diberitakan sebuah media lokal yang dikutip Emirates247, Khamis, (1/6/2012).

Demi menutupi kejahatan keji yang dilakukannya, dia lantas pergi ke rumah sakit untuk mendapatkan perawatan. Perempuan itu mengaku baru saja mengalami keguguran dan membuang janinnya ke dalam tempat sampah.

Sang majikan yang curiga, kemudian menggeledah kamar perempuan itu dan didapati sebuah kantong plastik hitam berisi mayat bayi di dalam lemari pakaian pembantunya itu.

Kepada polis , perempuan itu mengaku bahawa dia tidak bermaksud membunuh bayinya melainkan mencuba membersihkan sang bayi dengan pakaian dalam miliknya. Menurut bukti-bukti yang ada, pernyataan perempuan itu dengan cepat dibantah oleh tim medis yang mencuba menyelidiki penyebab kematian bayi tersebut.

Menurut tinjauan temuan tim medis di pergelangan leher bayi malang itu terdapat selembar kain yang diketahui merupakan seluar dalam. Tim medis pun berkesimpulan bahawa bayi dibunuh dengan sengaja mengingat mereka harus berusaha keras melepaskan lilitan pakaian dalam dari leher sang bayi.

Di mahkamah, sang pembantu akhirnya mengakui seluruh perbuatannya. Menurutnya bayi tersebut merupakan tinjauan hubungan di luar nikah antara dirinya dan sang kekasih yang berada di Filipina. Mahkamah di Abu Dhabi pun khabarnya  akan menjatuhkan hukuman pada 12 Jun  mendatang.(rhs
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Bagusnya Turki Presenter TV Dipecat Kerana Berpakaian Seksi

 Okt 10 2013
 
foto: Daily Mail
Ankara, - Seorang presenter televisyen Turki dipecat setelah dia dikritik kerana mengenakan busana seksi ketika siaran. Tidak tanggung-tanggung, parti berkuasa Turki adalah pihak yang mengecam penampilan wanita cantik itu.

Ketika siaran di TV Veliaht, Gozde Kansu mengenakan busana yang terbuka di bahagian tengah dadanya. Juru cakap parti berkuasa Turki, Justice and Development Party, Huseyin Celik mengecam busana Kansu kerana memperlihatkan belahan dadanya.

Dikatakan Celik, busana yang dikenakan Kansu "ekstrem" dan "tak boleh diterima". Hal tersebut disampaikan Celik dalam sebuah wawancara di televisyen. Namun Celik ketika itu tak menyebut identiti penyiar TV Veliaht tersebut.

"Kami tak ingin mengintervensi siapapun, namun ini keterlaluan. Ini tak boleh diterima," tutur Celik seperti dilansir Daily Mail, Khamis (10/10/2013).

Ditegaskan Celik, dirinya sebagai peribadi, pemirsa TV dan ahli politik, berhak untuk menyampaikan pendapat tersebut.

Menyusul pernyataan Celik tersebut, nama Kansu pun disebut-sebut sebagai penyiar yang dimaksud Celik. Bahkan kebelakangan dikhabarkan wanita itu telah diberhentikan dari pekerjaannya.

Semula seorang produser TV Veliaht mengatakan, Kansu tak akan ikut serta dalam program minggu depan disebabkan jadualnya yang sibuk. Namun web France24.com kemudian melaporkan bahawa pemecatan Kansu telah dikonfirmasi pihak TV.
Read More..

Rabu, 29 Januari 2014

Antara dari dan daripada

Muhammad Daud

PENGGUNA bahasa Melayu selalu beranggapan kata sendi nama dari dan daripada mempunyai fungsi yang sama dan boleh bersaling ganti penggunaannya. Permasalahan ini sering membelenggu pengguna bahasa Melayu secara disedari ataupun tanpa disedari sejak sekian lama.

Cuba perhatikan ayat-ayat di bawah yang selalu digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan.

(i) Rosli berusaha menghalang kumbang perosak daripada merosakkan tanamannya.

(ii) Penjenayah itu telah berjaya melepaskan diri daripada  ditahan oleh pihak polis.

Kedua-dua ayat di atas tidak gramatis kerana tidak menggambarkan fungsi  penggunaan kata sendi nama dari dan daripada yang sebenar. Kata sendi nama dari dan daripada mesti berada di hadapan kata nama atau frasa nama.

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang  menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contohnya:

(a) Penggunaan kata sendi nama dari yang menunjukkan tempat atau arah.

(i) Kereta itu dipandu secara laju dari arah barat.

(ii) Pandangan yang diberi berkaitan isu itu ditafsir dari sudut agama.

(b) Penggunaan kata sendi nama dari yang menunjukkan waktu atau masa.

(i) Mariah tinggal di Kluang  dari tahun 1995 lagi.

(ii) Azuar mempengerusikan mesyuarat itu dari pukul lapan pagi hingga pukul satu tengah hari.

Kata sendi nama daripada pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, institusi dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan.

(a) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan punca bagi manusia, haiwan, benda, institusi dan unsur mujarad. Contohnya:

(i) Afifah telah menerima kad ucapan hari jadi daripada Nurfarah.

(ii) Peserta ekspedisi ke Gunung Jerai itu terdiri daripada ahli jawatankuasa Persatuan Ilmu Kemanusiaan USM.

(iii) Kita mesti bersatu untuk mengelakkan diri daripada ancaman musuh.

(b) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda. Contohnya:

(i) Benang berasal daripada kapas.

(ii) Kumpulan muzik itu terbentuk tinjauan daripada ilham Ruhil Amani.

(c) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Contohnya:

(i) Kereta yang dibeli oleh Sharizad  lebih mahal daripada kereta Imran.

(ii) Cara Nasir bercakap lebih matang daripada usianya yang sebenar.

(d) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan sebahagian daripada semua. Contohnya:

(i) Sebahagian besar daripada pekerja  tidak suka akan pengarah syarikat itu.

(ii) Seorang daripada tiga perompak itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

Walaupun kata sendi nama daripada mesti hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun ada kekecualian dalam penggunaannya. Kata sendi nama daripada boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan. Contohnya:

(i) Abang Mus lebih suka memandu kenderaan sendiri daripada menaiki bas.

(ii) Lebih baik berdiam diri daripada sedih akan kegagalan kita.

Kesalahan penggunaan kata sendi nama dari dan daripada merupakan antara  kesalahan penggunaan bahasa yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.

Walaupun kesalahan ini dianggap remeh oleh sesetengah pengguna bahasa Melayu, namun kita semua mesti berusaha untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul sentiasa diberi keutamaan. Marilah sama-sama kita memartabatkan bahasa Melayu. Akhir kata “Cintailah Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa”.
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Krisis ekonomi di Pulau Pinang jika pelabuhan negeri diswastakan


 
KUALA LUMPUR, 19 JUN: Pulau Pinang akan mengalami krisis ekonomi jika Pelabuhan Pulau Pinang diswastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary yang mungkin melakukan langkah-langkah yang bakal menjejaskan kepentingan negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, Syed Mokhtar sebagai pemilik Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. mungkin meminta harga akhir Pelabuhan Pulau Pinang untuk dikurangkan daripada RM450 juta kepada RM150 juta sebagai usaha untuk tidak melakukan kerja-kerja pendalaman yang memakan belanja RM353 juta.
Katanya, Seaport Terminal Johor akan membawa tujuh unit kren dari Super Port Panamax Pulau Pinang ke PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas) manakala enam kren dermaga dari Pelabuhan Johor akan ditempatkan di Pulau Pinang.

“Pada asasnya, Seaport Terminal dilihat cuba mengecilkan asset mereka (asset stripping) dan kren yang lebih kecil pula tidak mampu untuk mengendalikan 4000 TEU dan digunakan di atas kapal. Akhirnya Seaport Terminal kemungkinan tidak akan mendalamkan pelabuhan Pulau Pinang,” kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula menjelaskan bahawa kerja-kerja pendalaman Pelabuhan Pulau Pinang yang menelan belanja RM353 juta telah tergendala setelah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilantik oleh kerajaan persekutuan Barisan Nasional untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang pada November 2010.
Katanya, bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah mendedahkan bahawa rancangan penswastaan pelabuhan tersebut oleh Syed Mokhtar turut dipromosikan sendiri oleh Chua.

“Pada April 2010, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mencadangkan kerja-kerja pendalaman dijalankan melalui pelan perluasan dan penambahbaikan perniagaan PPSB 2008 hingga 2012 dengan peruntukan sejumlah RM1.1 billion pelaburan di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara NCER.
“Walau bagaimana pun kerja-kerja pendalaman ini tidak dijalankan seperti dalam rancangan,” ujar Chow yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Beliau juga mengalu-alukan pendirian Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang kini mahu kerajaan persekutuan mengkaji semula cadangan menswastakan pelabuhan tersebut.

“Kami menyeru Teng Chang Yeow agar tidak berbelah bagi menyertai kempen ‘Kembalikan Pelabuhan kepada Pulau Pinang’ yang dianjurkan oleh DAP.
“Kami juga mahu Teng mendesak kerajaan persekutuan untuk menjalankan kerja-kerja pendalaman Pelabuhan Pulau Pinang dengan segera, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan persekutuan sebelum ini,” katanya.

Chow yang juga Ahli Parlimen Tanjung berkata, kuasa untuk menghentikan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang terletak di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga  Menteri Kewangan. – Roketkini.com
Read More..

Sesi pelajar Malaysia di Mesir bermula bulan depan


PUTRAJAYA - Sesi pengajian baru bagi pelajar Malaysia di semua universiti di Mesir akan bermula 19 Oktober ini manakala peperiksaan pula bermula 21 September, kata Menteri Pendidikan Tinggi Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Bagaimanapun katanya tarikh itu tertakluk kepada keadaan di Mesir.

Tarikh-tarikh ini ditetapkan dalam perbincangan antara wakil kementerian dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir baru-baru ini, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata bagi yang ingin kembali, mereka dinasihat agar sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia dan Education Malaysia Egypt bagi mendapat maklumat terkini.

"Kementerian tidak menggalakkan pelajar pulang ke Mesir atas beberapa sebab, antaranya perintah berkurung masih dikuat kuasa dan kerajaan baharu Mesir belum ditubuhkan," katanya.

Menurut Idris, setakat 30 Ogos lepas, sebanyak 2,791 pelajar Malaysia dibawa pulang dari Mesir.

Beliau juga berkata kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak menghantar pelajar baharu bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam ke Mesir bagi sesi akademik 2013/2014.

Penangguhan ini sehingga Majlis Keselamatan Negara dan Wisma Putra memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke Mesir, katanya.

Menurut Idris kementeriannya sedang melihat semula polisi penghantaran pelajar Malaysia ke Mesir dan akan meneliti peluang pengajian dalam bidang terbabit di universiti lain, baik tempatan mahupun luar negara.

Idris juga memberi jaminan pembiayaan pengajian oleh Majlis Amanah Rakyat dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi pelajar Malaysia di Mesir akan diteruskan.

"Bagi mereka yang menanggung kos pengajian secara sendiri, kementerian akan berusaha untuk meringankan beban yang ditanggung mereka," katanya.

Mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam tandas di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur, Idris berkata kementeriannya telah mengarahkan pihak sekolah itu mengeluarkan serta-merta CCTV tersebut.

Media baru-baru ini melaporkan pemasangan CCTV itu mencetuskan kemarahan ibu bapa pelajar di sekolah berkenaan. - Bernama
Read More..

10 Desain Wastafel Terunik Di Dunia

1. Splash Sink
http://belajarblogger.info/wp-content/plugins/WPRobot3.24/images/6825c__a97209_g140_6-splashing.jpg.jpg

 
2. Poor Little Fish Sink
http://belajarblogger.info/wp-content/plugins/WPRobot3.24/images/6825c__a97209_g140_1-fish-sink.jpg.jpg


3. Waterfall Sink
http://belajarblogger.info/wp-content/plugins/WPRobot3.24/images/6825c__a97209_g140_8-waterfall.jpg.jpg


4. Sperm Shaped Sink
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQw_oD4xRM_ZvHWzztRA2zQGXbhEKCkHY85cIeZRqiCRE5XQRexBu6xg03Xbm7V4sZCIR1OfgC-vuC2Y5DX-JCy81a_JnR4jDpacR9eHrr4yWcMZSzA82kcUfJ_SB1sGmaZESwXDzqNPo/s1600/a97209_g140_4-sperm.jpg


5. Martini Sink
http://belajarblogger.info/wp-content/plugins/WPRobot3.24/images/79e6d__a97209_g140_2-cocktail.jpg.jpg


6. Crevasse Prep Sink
http://belajarblogger.info/wp-content/plugins/WPRobot3.24/images/79e6d__a97209_g140_3-prep-sink.jpg.jpg


7. Foglio Sink
http://belajarblogger.info/wp-content/plugins/WPRobot3.24/images/79e6d__a97209_g140_7-brazilian.jpg.jpg


8. Soccer Sink
http://belajarblogger.info/wp-content/plugins/WPRobot3.24/images/79e6d__a97209_g140_9-soccer.jpg.jpg


9. Ripple Faucet and Sink
http://belajarblogger.info/wp-content/plugins/WPRobot3.24/images/79e6d__a97209_g140_5-ripple.jpg.jpg


10. Tire Sink
http://belajarblogger.info/wp-content/plugins/WPRobot3.24/images/8a6a8__a97209_g140_10-tire.jpg.jpg 
 
 
sumber
Read More..